Monday, March 7, 2011

up date lagi

                        'Kasih dan sayang, rindu dan benci serta cemburu adalah perasaan yang sebenarnya bermain di otak manusia.Tetapi oleh kerana ianya melibatkan emosi maka ia mendegupkan jantung'..............
                        Begitulah juga kasih dan sayang aku terhadap blogers semua.Kasih dan sayang itu kadangkala menimbulkan rindu dan benci pula, bila mengenangkan ada blogers yang ingin melihat sesuatu yang outstanding berlaku dalam persembahan tuan punya blog.Kadangkala wujud pula perasaan cemburu bila melihat perkembangan orang lain.Dan semua perasaan itu bermain-main dalam otak manusia yang bergerak dibelakang tabir blog ini.
                      Matlamat aku ingin memberi sesuatu kepuasan kepada blogers dan aku sedaya upaya cuba untuk memenuhi segala permintaan dari blogers.Mungkin kalau pun tidak seratus peratus berlaku perubahan,namun hasrat ke arah itu memang bermain-main dalam otak aku.
                      Untuk kali ini aku cuba memberi sedikit kelainandari segi persembahan.Semoga semua blogers dapat menerimanya dengan andaian bahawa aku masih muda dan ia memerlukan banyak lagi cabaran untuk mencapai tahap kematangannya......
                      Masa terlancar bagai kilatan cahay.Jalan menuju ke arah kematangan sedang terbuka luas di hadapan.Aku telah menempuh berbagai rimba dan duri masalah.Pedih dan pilu aku redahi jua.Aku tetap muncul bernafas dengan wataknya yang tersendiri.Dan aku,dengan semangat dan jiwa baru akan terus gigih tanpa ada alasan untuk mundur walau sekelumit pun.
                      Sedikit demi sedikit aku mula belajar dari pengalaman.dan secara evolusi,aku akan membuat perubahan demi perubahan bagi memuaskan citarasa seluruh golongan blogers.

No comments: