Saturday, March 26, 2011

sahabat .... seandainya aku pergi dulu.........

andai tiba saatku pergi.......adakah kau akan merinduiku? andai hilang diriku dimatamu......adakah kau akan mengenangkanku? adakah kau akan menziarahiku meskipun aku tidak lagi disini? adakah kau akan menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga buatku ..........bacaan ayat ayat suci al-quran dan juga doa buatku? andai tiba saatku pergi.......adakah kau akan tetap mengenangkan persahabatan kita? mengulang semua memori indah sewaktu bersama? andai ditakdirkan aku mendahului dirimu .........adakah kau akan tetap menganggapku sahabat? dan andainya tiba masaku pergi.....adakah kau akan menyayangiku? menyimpan semua kenangan persahabatan kita .....mencoret kenangan kau dan aku

sahabatku........seandainya aku pergi meninggalkan dirimu suatu masa nanti.......ingatlah bahawa aku menyayangimu.......ingatlah bahawa aku tak akan pernah melupakanmu dan ingatlah bahawa aku akan sering merinduimu.......kerana kau adalah sahabatku untuk selamanya......

No comments: