Thursday, February 3, 2011

fikirkan lah.......... renung2kan lah.......

salam satu malaysia..... maaf lah wat semua blogers...... lama dah x up date...... penuh dah sawang.....nasib baik ada jam ben 10...... setelah aku tekan jam ben 10 tersebut dan berubah jadi spider monkey barulah nampak kemas sikt .....  berbalik pada tajuk aku td........ aku saja jer nak bawak para blogers untuk menikmati serta merenung dan fikirkan apa yg bakal aku tulis........ ni pun setelah aku  belek2 majalah lama2 yg tersorok kemas bawah katil bujang aku...... biasala cuti panjang....... mummy aku suruh kemas bilik anak teruna dia...... heh heh heh....... sambil kemas bilik sambil belek2........ last2 jumpa satu majalah yg dah lama aku simpan (kepunyaan daddy sebenarnya)..... menarik setelah aku baca...... nak tau...???? nanti la dulu.... aku x puas lg nak mengomel nie...... hahahaha..... jangan la rasa bosan lak...... okey lah .... aku x nak hampakan harapan korang.......

Seorang Penoreh Getah
Seorang penoreh getah setiap pagi bekerja mengeluarkan sesuatu yang tersembunyi dari daging pohon.Dia menoreh batang pokok untuk mengeluarkan getah.Getah itu kemudian menjadi bahan berguna untuk keperluan dunia.Tetapi seorang penoreh getah tidak pernah membayangkan bahawa rahsia atau simbol disebalik kerjanya itu merupakan suatu hakikat dari falsafah kehidupan yang maha menabjubkan. Getah itu adalah rahsia yang tersembunyi dan penorehnya adalah pencungkil rahsia. Tetapi mampukah seorang penoreh getah itu "menoreh" dirinya pula untuk mengeluarkan rahsia yang tersembunyi dalam tubuhnya...?????

Seorang Penggali Kubur
Seorang penggali kubur kerjanya menggali lubang dan kemudian menimbuskannya kembali sesudah dimasukkan jenazah kedalamnya.'Menggali dan menimbus" bererti menggali rahsia untuk memasukkan pula rahsia ke dalamnya.Dengan kata lain,seorang penggali kubur mengkebumikan "dunia lama" ke dalam "dunia baru". Dua dunia yang tidak mempunyai ruang jarak yang jauh.Satu dunia berada di atas sedikit dan satu dunia lagi berada sedikit ke bawah.Kerja menggali kubur memaparkan suatu hakikat tentang simbolik dua bentuk kehidupan. Kehidupan semasa hidup dan kehidupan selepas mati.Dalam hubungan ini,mampukah sang penggali kubur itu membayangkan rahsia tugasnya terhadap bentuk kehidupan "akan datang" yang bakal ditatangi suatu ketika nanti....???? Mampukah dia manggali kuburnya sendiri untuk memasukkan rahsia dirinya yang tak terbaca selama ini....????

Para Penghantar Jenazah
Para penghantar jenazah menghantar jenazah teman atau keluarga ke tempat persemadian dengan rasa tenang dan tabah.Simbolik keadaan itu memaparkan suatu relatif diantara yang hidup dan yang mati.Satu menghantar dan yang satu lagi dihantar.Yang "menghantar"dipisahkan jaraknya dengan yang "dihantar"oleh satu lapisan.Yang "menghantar"meletakkan yang "dihantar"ke liang lahat,iaitu dibawah kehidupan.Falsafahnya menyerlah suatu dasar kehidupan,dimana yang runtuh (mati) harus diletakkan dibawah kehidupan yang masih tegak (hidup).Tapi, apakah setiap penghantar jenazah itu mampu merenung dan membayangkan rahsia yang terkandung disebalik "kerja" mereka itu..???Dapatkah dia menghantar 'rahsia dirinya" ke lapisan bawah (kubur) itu tanpa melalui nazak yang pedih...????

Seorang Pendayung Perahu
Seorang pendayung perahu setiap hari kerjanya membawa penumpang dari tebing sebelah sini ke tebing sebelah sana.Setiap hari dia memudahkan orang ramai untuk mencapai destinasi melalui perantaraan perahunya.Tanpa si pendayung perahu,kemungkinan intergrasi diantara satu tebing dengan satu tebing yang lain menjadi payah untuk diwujudkan.Dan seorang pendayung perahu amat memahami tugasnya,tapi mampukah dia "mendayung" dirinya ke tebing kebenaran tanpa perantaraan sebuah perahu...??? Ertinya,tanpa ilmu,tanpa pemahaman yang tepat terhadap setiap sumber ilmu,mampukah dia "mendayung perahu dirinya" ketebing kebenaran itu.....????

Seorang Tukang Sapu
Seorang tukang sapu setiap hari bertugas membersihkan segala sampah sarap yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan.Tapi mampukah situkang sapu itu membersihkan sampah sarap yang bertaburan dikalbu dirinya....????

Dan akhirnya,yang cuba disampaikan disini adalah bahawa ilmu yang sedikit itu boleh menjadi racun kepada seseorang dan aku ingin meninggalkan seluruh tandatanya diatas dengan satu lagi pertanyaan baru..... Bagaimana......????

kepada bloggers semua cuba renungkan.... fikirkan....... serta fahamilah apa yg tersirat dan apa yang tersurat....

No comments: