Monday, February 7, 2011

DARI MEJA DAN TINTA LONELY TIMES........

salam satu Malaysia
salam hormat
salam sejahtera
wat semua blogers......

 SECEBIS kata Dr. Lim Yutang,"..... saya tidak pernah mendengar monyet makan monyet, tetapi saya pernah mendengar manusia makan manusia sebagaimana telah dibuktikan oleh ahli-ahli antropologi.Itulah tabiat makan daging yang ada pada nenek moyang manusia purba.Jesteru kerana itu tidak hairanlah mengapa kita masih lagi 'makan satu sama lain' dengan cara-cara lain, baik antara individu atau antara kelompok bangsa".

Demikianlah bahawa manusia ini adalah makhluk yang unik.Keunikan ini berlandaskan berbagai sebab, dan belum semua sebab-sebab ini diketahui sepenuhnya.Setepatnya atau sedalamnya oleh manusia itu sendiri. Dan belum semua manusia dapat mengenali dan menghafal dirinya sendiri atau pun rahsia yang tersembunyi dalam setiap isi daging dan lekuk-lekuk urat sarafnya. Pintu rahsia itu sebenarnya tidak rapat berkunci. Ada bahagian-bahagian yang terbuka lebar tetapi kita tidak mampu untuk menangkap isyarat rahsia itu.
Kita lebih segar dan kita lebih mesra mencari kesalahan orang lain, tapi terlupa untuk merujuk kesalahan peribadi sendiri. Kita lebih bertenaga mengupas kulit-kulit dunia lahiriah tetapi kita cepat mengah bila cuba menggali sedikit rahsia isi batin duniawi.

Kenapa terjadi begitu? Barangkali akan timbul suatu persoalan. Salah satu jawapannya barangkali kerana manusia itu sendiri belum mengenali hakikat dirinya sendiri. Hakikat darah daging yang berdenyut dalam dirinya. Dan hakikat masuk keluar nafas dalam jantung kehidupannya.

Kadang-kadang manusia cepat lupa daratan,seolah-olah dia sahaja makhluk yang mendiami jagat raya ini.Seolah-olah bumi ini saja dunia yang ada diseluruh alam ini.

Perhatikan langit malam yang menaburkan bintang-bintang cakerawala yang tak terungkap dalam ingatan kita. Perhatikan siang meneteskan bara matahari yang mematangkan seluruh kehidupan. Marilah sejenak kita melayangkan fantasi dengan memasukkan diri kita ketengah-tengah kehidupan alam maya ini.Siapakah kita yang sebenarnya.

Ditakdirkan bahawa manusia pada suatu masa nanti sudah tidak mampu lagi menjadi pemimpin bagi umatnya sendiri,apakah perlu makhluk-makhluk dari planet asing datang mengambil tugas untuk menyelamatkan planet bumi dari hancur dan terluka parah...??? Tunggulah,kalau sejarah bakal membenarkan kenyataan ini maka tidak mungkin suatu ketika nanti kita akan dipimpin oleh "makhluk manusia" dari planet asing yang lebih bijak dan berwatak.....

Demikianlah. Bermula dari alif saya ingin bergerak dan melangkah dengan warna baru..... Warna yang sedikit demi sedikit memberi makna untuk mengenal diri melalui sentuhan kata dan ungkapan cerita yang indah. Dan saya ingin mendapat maklum balas dari pembaca (blogers).Marilah bersama menyumbang sesuatu untuk saya.Harapan saya,marilah kita kembali semula kepada keamanan dan kemesraan sejagat melalui warna dan bahasa..........



No comments: