Monday, January 24, 2011

EPILOG SEORANG IBU

ANAK
Kamulah cahaya mata bonda
Amanah daripada ALLAH
Ujian buat seorang hamba

Saat kelahiranmu anak
Bonda tersenyum syukur
ALHAMDULILLAH
SUBHANALLAH
Maha suci ALLAH
Rahmat terbesar buat bonda
Kini dalam dakapan

Kehangatan kasih sayang
Akan menemanimu
Limpahan tarbiah Islamiah
Akan menjadi perisaimu
Kesederhanaan hidup
Akan kita kongsi bersama
Bonda tak boleh menjanjakan apa-apa
Melainkan permata makrifat
Dan kesempurnaan pekerti
Pemberian berharga buatmu anak

Bonda berteleku di hadapan Rabb
Memohon sepenuh hati
menjadikanmu anak solehah
Jauhilah kamu dari kemurkaan-Nya

Bonda tak pernah mengharap apa-apa
Cukuplah anak-anak bonda bahagia
Cuma satu, doakan buat bonda
"Wahai Tuhan kami,
Kau ampunilah dosa kami
dan dosa kedua ibubapa kami
dan rahmatilah mereka
sebagaimana kami dididik semasa kecil"

No comments: