Friday, November 12, 2010

hmmm... dah lama rasanya x tulis aper2 dalam blog nie........
bukannya aper... sebok sikit ngan study....... maklum la nak peksa spm....... dah x berapa hari lagi....
apa2 pun hari rasa mcm terpanggil untuk menulis sesuatu...... baca jangan x baca ..... hahahaha.......... nak release tension jap....... tajuk x dak .... sorey heh heh heh..........

SAYANG.........,,,,,,
      ku kira kembalinya patah2 bicara ini buat mengisi kesepian,hari2 begini bisa melihat ingatanmu mengundur bersama kisah2 semalam. biarlah aku meminta simpatimu dalam memberiku kemaafan x tercela atas apa yang kupaparkan ini. dan seandainya nanti,segala itu langsung membuahkan semula titik2 perasaan dan kenangan yang menyayat perasaan, kupinta kemaafan darimu.........
      dalam meninggalkan parut2 luka yang masih mengganggu fikiran, aku setia dihambat duka berterusan. x dapat kubayangkan buat tatapanmu betapa hati ini begitu parah diguris sembilu cintamu yang berupaya menabur benih2 janji untuk kusemai nanti.......
      kau biarkan aku berterusan dibuai ombak cinta yang ganas melambung.kau biarkan aku menjadi pungguk yang setia memuja bulan. lalu pada malam2 yang kelam aku menjemur diri,pada hembusan angin laut aku menabir sepi. jua pada keheningan malam2 indah beserta suara cengkerik berlagu, buatku tambah gundah.
ternyata aku terpedaya dalam mengejar cinta yang tidak pernah menjanjikan apa2..........
      sayang......
      masih ingatkah kau, saat2 pertemuan itu cukup menjerumuskan aku ke lembah penantian yang menyiksakan. aku terhumban ke lembah pencarian yang memaksa aku seringkali pula mengekori bayanganmu. di sini aku terus berdepan dengan aneka dilema yang memerlukan penyelesaian.kehidupan yang kujalani langsung gagal mengheret ke arah kesedaran agar berpatah balik. namun yang pasti, aku adalah perindu wajahmu melalui mimpi2 ku saban malam. aku terus - terusan memanggil namamu dikejauhan malam. aku kirimkan salam sayangku pada angin malam........ itulah aku.......
       belum cukup dengan itu, aku masih sempat membayangkan detik2 manis antara kita. aku gambarkan suasana indah dihari kita bersatu. hanya itulah sebuah impian yang kuciptakan tanpa keredoanmu..... bayangkanlah, suasana itu perenggut penghayatan diriku yang telah mula kaku......
       ternyata, ALLAH tidak merestui angan2 kosongku.... rintihanku berderai bersama air mata yang tumpah penuh lesu. paling menyedihkan, setelah itu kau gagal lagi melihat kelibat wajahmu,akibat perpisahan dihujung tahun.berbekalkan petanda sebuah kehancuran, aku lalui hidup yang redup itu penuh sendu.......
       sejak itu aku cuba menjejakimu. aku cuba mengekori langkah kakimu. persis perindu tua, aku bertekad untuk memboncengimu kemana sahaja.sekali lagi suratan ALLAH menggagalkan segalanya.keinginanku mati bersama kejemuan mendadak. paling akhir sebuah warkahmu terlayang menemuiku bersama ucapan terima kasih atas kesudianku terus mengingatimu......
         begitu kejamnya keadaan yang menemukan kita. begitu senangnya noktah cinta kita. cepatnya berlalu kemanisan antara kita. masih sanggup untukku membakar hangus warkah akhirmu sebagaimana kau membakar hatiku biarpun aku amat menyintaimu suatu masa dulu...... tinggallah aku dalam sangkar kehancuran yang kutempah sendiri. cuma sisa2 dari namamu yang mampu aku sebutkan dikala kerinduan melanda pantai hati.......terasa ia suatu kepuasan buatku.sebelum sisa2 usia yang tidak seberapa ini berakhir, izinkan aku terus mangabadikan diri sendiri begini kerana itulah pintaku, tidak padamu.kukira kau cukup bahagia bersama penggantiku yang tentunya berjaya membahagiakan zahir batinmu......
          seandainya terbaca olehmu patah2 bicara ini, tidakku minta walau setitis pun air matamu gugur buatku. tidak lagi kuharapkan simpati sesiapa atas apa yang mendatangi hidupku kerana aku akan terus menjadi 'aku' yang pernah kau kenali dulu...........

No comments: