Dari setitis air kau datang,
dalam pergelutan pelbagai penderitaan,
kau hadir ke dunia,
membawa cahaya dan kebahagiaan,
dari hari meniti hari,
kau didik,diasuh dan dibelai,
menjadi insan yg matang,
dalam melontar pemikiran,
jangan kau kata dikau hebat,
jangan kau lupa asal usulmu,
jangan kau lupa ibu bapamu,
jangan kau lupa pada penciptamu.
Sesungguhnya hidupmu adalah singkat,
mungkin esok kau meniti hari bahagia,
namun kau jangan lupa,
mungkin esok juga atau hari ini,
kau tinggalkan dunia ini,
selagi nafas dikandung badan,
berusahalah.........,
berusahalah untuk kejayaanmu,
didunia dan akhiratmu,
pelbagai kepahitan harus kau tempuhi,
pelbagai onak duri harus dihadapi.
Wahai insan,
ALLAH menciptakan kau akal,
gunakan akalmu untuk berfikir,
buatlah keputusan untuk dirimu,
walaupun kau pernah gagal,
tak bererti kau gagal selamanya,
pintu kebahagiaan dan kejayaan ditanganmu,
jangan kau jadi insan yang lemah,
jadilah anak yang mententeramkan hati kedua-dua ibu bapa,
jangan kau jadi anak yg derhaka,
jangan dikira letihmu kini,
tapi fikirkan kejayaan dan kebahagiaanmu nanti........
No comments:
Post a Comment