Tuesday, January 3, 2017

i'm back

assalamualaikum....
hai...
agak lama jugak laa rasanya aku dah lupakan benda alah nie...
maaf laa buat mereka yang ternanti nanti cerita selanjutnya tentang aku.... MUHAMMAD DANIEL FARIZ BIN ABDUL RAHMAN
sebenarnya x banyak cerita tentang aku... cuma.... aku dah x der teman mcm dulu2.... sekarang nie aku solo
"lone ranger" kata orang... semuanya terjadi kerana aku yang sebenarnya terlalu buzy dengan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seorang tenaga pengajar.... maaf ... lupa nak bg tau.... aku sekarang salah seorang tenaga pengajar di institiut pengajian guru maktab tuanku bainun dan salah seorang pelajar pengajian jarak jauh di UPSI.. perkara2 inilah yg membuatkan aku terlupa tentang dunia yang sering jadi tempat luahan hati aku.... tetapi yang sebetulnya aku rindu aku yg dulu...
mungkin ramai yang telah melupakan nama aku dari memori mereka dan jugak rasanya mungkin ada yang dan membuang nombor aku dari simpanan telefon mereka.... aku x salahkan mereka.... aku salahkan diri aku kerana telah mengabaikan mereka selama ini...
hmmm...... x per laa.... salah aku kan.... anays..... i'm back...... i'll try and will try to do the best....

Friday, October 30, 2015

hahaha,,,,,, lama dah

assalamualaikum,,,
lama dah rasanya aku x buka menatang nie..... hampir dekat setahun
dah banyak habuk dan sawang
susah nak cuci,,,,

Saturday, October 11, 2014

KEMBARA CINTA KITA

Aku tak mampu
membawamu ke kota Venice
yang aku mampu
membawamu ke pekan Labis
menikmati embun menitis.

Aku tak mampu
membawamu ke London Bridge
yang aku mampu
membawamu ke jambatan Putrajaya
menikmati kedinginan malam.

Aku tak mampu
membawamu ke Little House On The Prairie
yang aku mampu
membawamu ke Puncak Alam
menikmati bebunga lalang mengganti Dandelion.

Aku tak mampu
membawamu ke pulau impian
yang aku mampu
membawamu berjalan berpimpin tangan
menikmati lazuardi kecintaan.

Mungkin aku bukanlah insan pilihan.

LEBUH CINTA

Kutatap ngeri
tika kekalutan menghampiri
ratapan jiwa

malam masih muda
neon gemerlap
namun lebuh cinta
kian mati
perjalanan sunyi

di mana-kan kucari
kata-kata secantik bahasa
untuk kugambarkan
betapa bengangnya hati
kereta mati di persimpangan sepi

aku berjalan di lebuh cinta
membawa hati yang berkecamuk
mengharap perjalananku ini
tidak berjumpa momok.

Wajah kasih

Wajah kasih di sebalik rembulan
Menyentap pilu luluh jiwa
Kelamnya hidup tanpa cahaya
Yang kau bawa entah ke mana.
Cahaya cinta nian di pagar rindu
Pernah dalam genggaman
Mendodoi irama kehidupan
Mencetus inspirasi jiwa.
Rembulan yang indah
Tiada tergapai dek cinta
tiada tercapai laksana harapan
Cantik di pandangan mata.
Wahai rembulan
Keindahan mu hakikat
Kecintaan ku hayalan
Lantunan antara mimpi dan rindu
Berselerakkan tewas dek kekosongan. 
Dan...izinkan aku memandang mu
Dalam tasbih takdir
Zikir kasih hanya untukNya.

aku..... sendirian lagi......

Bagai dedaunan luruh kekeringan
berguguran menutupi bumi..
rapuh berderai gemeretap...
dimamah pancaran matahari.


hati yang punah kehancuran.
Dilambung badai kerapuhan
paksinya melewati kecewa.
rekah dahan ranting terkulai

kuncup tunas tak bermaya
angkara terlurut salutan dahan
Membara kasih hangat terbakar
marak menyala kemerahan...
menebarkan abu kepanasan
ditiup sang bayu pupuslah ia
berterbangan entah kemana.

Jiwa yang tinggal kosong...
bagai rumah tak berpenghuni
semakin lama semakin usang
melambai kasih yang telah pergi
pergi yang hilang jejak

Harus kau tau

Entah bagaimana nanti
Rasamu di hati
Tika aku tidak bisa lagi
Menitip puisi - puisi
Di lembah terindah ini


Saat itu pastinya
Engkau akan mengerti
Siapa aku
Dan puisiku

Aku tinggalkan puisiku
Yang mengalir laraku
Yang memugar resah ku
Yang memanah qalbu ragu
Pada cintaku
Dan kasihku
Kerana engkaulah kekasih
Yang pernah bersemayam
Di istana hati

Pabila undangan menyapa
Tiada lagi puisiku
Mungkin hilang bencimu
Kerana wasiat puisiku
Untuk teman yang tahu
Dan sahabat yang memahami
Bahasa puisiku
Dalam tersurat
Ada yang tersirat

Jangan ditangisi
Jangan diratapi
Aku hanya pemuisi
Yang dianugerahi
Jauhnya perjalanan nanti
Tiada perhentian lagi...

4u